
NESQ
Travel & Tours
NESQ Travel & Tours Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada Mei 2026 dan mula beroperasi secara rasmi pada Jun 2026 dengan aspirasi untuk menjadi sebuah syarikat pelancongan Muslim yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan dan khususnya Tetamu Allah.
USTAZ MOHD FIRDAUS REZALI
Ketua Pegawai Eksekutif
NESQ Travel diterajui oleh Ustaz Mohd Firdaus Rezali, lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir, yang mempunyai pengalaman luas dalam mengurus dan membimbing jemaah umrah sejak tahun 2014. Beliau juga merupakan pemegang Sijil Pembimbing Ibadah Haji (SPIH) Tabung Haji 2019, serta mempunyai pengalaman lebih sedekad dalam bidang umrah dan perlancongan Muslim.


MISI
Menyantuni Tetamu Allah dengan penuh amanah, ihsan dan profesionalisme melalui perkhidmatan terbaik serta pengalaman perjalanan yang berbeza, selesa dan bermakna.
VISI
Menjadi peneraju dan pilihan utama dalam industri umrah, haji dan perlancongan Muslim yang dipercayai, profesional serta unggul dalam memberikan pengalaman perjalanan yang berkualiti di peringkat nasional dan antarabangsa.

OBJEKTIF PENUBUHAN NESQ TRAVEL & TOURS.
-
Menyediakan Perkhidmatan Bertaraf Cemerlang
-
Menawarkan Pakej Berkualiti Dengan Harga Berpatutan
-
Membimbing Jemaah Dengan Ilmu dan Pengalaman
-
Menjadi Jenama Pilihan Utama Masyarakat
-
Melahirkan Pengalaman Perjalanan Yang Berbeza
Memberikan layanan yang mesra, profesional dan berkualiti tinggi kepada setiap pelanggan serta memastikan kebajikan jemaah sentiasa menjadi keutamaan.
Menyediakan pakej umrah, haji dan perlancongan Muslim yang kompetitif, berbaloi dan memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat.
Memastikan setiap jemaah mendapat bimbingan yang sempurna sebelum dan sepanjang perjalanan ibadah melalui tenaga pembimbing yang berpengalaman.
Membangunkan kepercayaan pelanggan melalui perkhidmatan yang konsisten, telus dan berintegriti.
Menyediakan pengalaman yang lebih eksklusif, tersusun dan bermakna agar setiap perjalanan menjadi kenangan yang indah dan memberi nilai tambah kepada pelanggan.
-
Memperkukuhkan Industri Perlancongan Islam
Menyumbang kepada pembangunan industri umrah, haji dan perlancongan Muslim melalui perkhidmatan yang berlandaskan nilai Islam dan profesionalisme.
-
Melahirkan Mutawwif dan Tenaga Kerja Profesional
